Blogger Templates

la tahzan_ cinta humaira

sesuatu yang didimpikan tidak selalu menjadi kenyataan,

tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba

biarlah kita menangis hari ini dengan kesakitan semalam

tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya…..

berharap hanya pada mu ya ALLAH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

powered by lirik lagu indonesia

Friday 2 December 2011

perjanjian hati hamba mu yang hina =(

Salam  kasih buat sahabat ..

lama dah tak conteng blog ni..
.Alhamdulillah akhirnya dipermudahkan  urusan dalam menjalankan tugas bersama adik2 stam mahad ahmadi gemenceh dalam satu program khas KEM GENERASI ULUL QURAN 3..

“tidak ada jalan yang Allah bagi keadaannya mudah”..itu yang selalu abah ingat kan..seminggu bersama adik2 kem banyak persoalan yang timbul diminda ku..

hati seolah2 berbicara dimana tahap iman ku???
belum lagi hebat .

mampukah aku melayarkan sayap ku buat adik2??? 

aku cuba menjadikan pengalaman  sebagai rujukan untuk membina kekuatan kali ini..mengajar anak2 lelaki  yang umurnya 7,8 dan 9 tahun bukan mudah…sangat berbahaya jika silap kata kerana mereka ibarat alat perakam video apa yang telah dizahirkan dan dilafazkan oleh ku hari ini maka mereka akan merakamnya lalu mengulangi apa yang diajari..

Satu yang aku pelajari ketika ini..IKHLAS..ikhlas adalah perkara utama yang perlu aku  gunakan..kerana tanpa ikhlas tidak ada apa2 yang aku dapat melainkan sia-sia..nauzubillah..

Ketika program dijalankan masih ada sesuatu yang bermain di hati..kenapa aku tidak dapat ketenangan yang dulu yang aku pernah kecapi sewaktu aku mengajar adik2 setahun yang lepas..

adakah aku sudah lalai dengan dia sang pencipta..???

ya Allah meratapi dosa yang kini maksimum nya sudah tidak terkira..
menjadikan taubat nasuha idaman ku..

dimanakah istiqamah ku selama ini..???

adakah aku mensia-siakan nya..???

ya Allah ketenangan milik mu kau berikan lah aku merasai sedikit ketenangan mu itu.. hati..ini hati..ini  hati ..ini makin pantas berdegup minda pula semakin laju memikir kan hidup umpama orang yang tidak ada apa-apa kebaikan..

dimanakah silap ku sehingga aku lalai tehadap mu ya Allah..???

Menjadikan ilmu sebagai nadi amalan ku..kini aku dah dewasa..bukan lagi manusia yang mudah menerima maksiat jalan murka Allah..jangan jadikan aku hamba mu yang munafik..doa yang selalu aku pinta padamu..hidayah milik mu ya Allah..jangan lah kau tarik setelah engkau pernah berinya kepada ku..
Setelah saat ujian yang kau berikan …aku tahu ada hikmahnya..sengaja engkau kosongkan hati ini dengan cinta manusia supaya hati aku sentiasa bersih bersama mencintai mu juga bakal suami ku..nekad aku tidak akan menerima sesiapa selagi matlamat ke lima ku iaitu hantar ayah juga bonda ku ke mekah tidak lagi dicapai..dengan cara ini lah aku memujuk hati ini.syukran ya Allah kerana hadiakan aku hidayah yang memang benar-benar buat aku teruja dengan nya..
ya Allah jika engkau memberi aku peluang untuk suka kan dia dan sesiapa biarlah melepasi keupayaan aku mencapai matlamatku terlebih dahulu iaitu berjasa pada ibu dan abah ku yang selama ini hidup susah kerana ku..

ya Allah jika selapas ini aku jatuh hati kau jatukanlah hati ku dengan orang yang benar-benar kasih kan aku kerana agama ku kerana keluarga ku ,kerana akhlak ku dan juga kerana kelemahan ku..
jangan lah engkau buta kan mata nya dengan rupa yang telah dizahirkan ini..

menjadikan ibu abah sumber inspirasi ku adalah pilihan terbaik kerana.....

 “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”Riwayat al-Hakim…

kerana cinta mereka lah aku lahir didunia ini ...
maka aku perlu mencintai mereka sepenuh hati ku..
didik hati terdidik akhlak mu duhai wanita..

perjanjian hati hamba mu yang hina
=(



0 comments: