Blogger Templates

la tahzan_ cinta humaira

sesuatu yang didimpikan tidak selalu menjadi kenyataan,

tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba

biarlah kita menangis hari ini dengan kesakitan semalam

tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya…..

berharap hanya pada mu ya ALLAH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

powered by lirik lagu indonesia

Tuesday 24 January 2012

Nota hati ..♥ ♥ ♥


Ya Allah peliharalah hati ini ……………
Melahirkan rasa syukur dalam diri..hari ini mampu jua dalam melepasi satu ujian yang aku rasa sangat mematangkan diri..

“TO BE A PROFESIONAL PERSON”..

Minggu yang sangat indah bagi aku dan cuti yang terlalu beerti dalam hidup..apabila hati mencapai segala pengisian yang diidamkan dari dulu lagi..mencari cahaya iman yang datang dalam keadaan terlalu diinginkan..Alhmdulillah doa dimakbulkan..ya Allah sayu sangat hati ini..bila Allah hadirkan satu rasa yang ana tak pernah rasa..betul2 menambahkan kecintaan ku terhadap dia sang pencipta..sujud aku buat mu ya Allah..

“BERNIQAB”


Apa tu itu??untuk apa??..................semua pasti akan tertanya..tapi ini lah yang aku cari selama ini..ibarat hadirnya satu kapal besar yang hadir ketika aku lemas dilautan luas dan hampir lemas..sebahagian 4 pandangan tentang berniqab (berpurdah)..

Mazhab Hanafi:

- muka, tangan dan kaki bukanlah aurat secara mutlak, tidak haram melihatnya.
- itupun jika tidak dibimbangi membangkit syahwat dan fitnah.
- anggota2 tersebut harus didedahkan kerana ia sgt diperlukan terutamanya ketika proses mengambil dan memberi sesuatu. Diperlukan dalam kerja2 yg bersangkutan dengan hidupnya (cth: ibu tunggal)


Mazhab Maliki:

- Dua pendapat;
1. Aurat bagi wanita di hadapan ajnabi adalah seluruh tubuh TERMASUK muka dan kedua2 tapak tangan.
2. Membezakan antara wanita cantik dan kurang cantik. Kalau cantik, wajib tutup semua. Jika kurang cantik, tak wajib tutup mukanya dan kedua2 tapak tangannya.


Mazhab Syafie:

- Aurat wanita bermula bila dah baligh.
- Seluruh tubuh harus ditutup termasuklah muka dan kedua2 tapak tangan samada dibimbangi fitnah atau tidak.
- ini pendapat Imam Syafie sendiri.
- Menurut jumhur ulama mazhab Syafie, tidak wajib menutup muka dan kedua2 tapak tangan. Tetapi perlu juga ditutup andainya terlibat fitnah.


Mazhab Hanbali:

- muka, kedua tapak tangan dan kaki bukanlah aurat secara mutlak. Tak haram memperlihatkannya.
- hal ini disebabkan kedua-duanya boleh terbuka ketika solat dan ihram. Jika ia adalah aurat, sudah tentulah disuruh menutupnya kerana menutup aurat adalah wajib.

(ruj: Aurat: Kod Pakaian Islam, Shofian Ahmad, Lotfiah Zainol Abidin, hlm. 56, 57)
[rujukan tambahan: Aurat Dalam Islam,Othman H.I halaman 8 & 9]

Kefahaman tentang berniqab semakin dekat…bila ini yang aku nak kan dari dulu tapi kini makin dipermudahkan setelah pernah satu  malam aku bermimpi  perkara yang aneh..adakah ini jalan nya buat ku ??..ya Allah jika benar permudahkan lah segalanya..



"wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang"

pandangan dan semangat akhwat di group muslimah

Humairah:- berniqab.....
                     sentiasa dalam hati....
                     adakah semakin dekat
....

Nor Azita Idris :-Insya'ALLAH....

Humairah:-insyaallah dalam membina kekuatan...

Has Zahrany :-Subhanallah! Alhamdulillah! Semoga diberi kekuatan oleh Allah. Aamiin

Humairah:-insyaallah....syukran akk ku..uhibbuki fillah..

Nur'Ain Vivian :-SubhanAllah..Alhamdulillah..InsyaAllah dik...banyakkn bdoa dan     memohon keampunan dari NYA..pasti dpermudahkn segalanya...

Humairah:-akk...bimbing saya yer... mencari cinta Allah itu kepastian kan akk.

nurainvivian.blogspot.com

Nur'Ain Vivian :- link akak beri ni sekadar panduan ringkas dan jawapan yg akak cari sblm ni..jika ada yg ina rasa mushkil,elok rujuk pada yg arif ye...yg penting kini, biarlah ianya berlaku perlahan-lahan dan jangan terlalu drastik kerana bimbang diri sendiri tidak mampu menanggung tekanan..yakin pada Allah SWT..janji-janji Allah..maka keyakinan diri akan hadir..InsyaAllah..

Humairah:-akk kenapa yer..semakin bnyak saya tahu tentang niqab ini semakin sayu hati ini..? Allahutaa'la

Nur'Ain Vivian :-adik akan dapat jawapannya nanti..InsyaAllah..percayalah...:D

Ya Allah semakin hari semakin dekat  ia dihati  ku ini..mohon engkau permudahkan ia..kecintaan ku buat mu hingga akhirnya..ya Allah engaku maha mengetahui engkau tahu akan kelemahan ku demikian engkau hadirkan aku jalan ini untuk memulihkan semangat dan memulihkan kelemahan ku..ya Allah sayu hati ini bila memikirkan adab ku terhadap ku tidak terjaga..aku juga inginkan perubahan memulih hubungan ku dengan mu ya Allah..tapi belum termampu untuk aku perbaiki..kini satu2 jalan kau telah hadir kan.. jika benar ini lah jalan nya  permudahkan lah jalan ini ya Allah..jangan lah engakau tarik balik apa yang engakau telah hadirkan..semoga ia mampu menambahkan tahap keimanan ku terhadap mu..

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Surah Muhammad : 7)
cinta humairah ^_^
 

Sunday 22 January 2012

lina hijrah lah....................

Salam alaik..insyaallah hari ni ana nak kongsikan sikit tentang hijrah..
hijrah (هِجْرَة), maksudnya ialah perpindahan..apa yang dimaksudkan dengan perpindahan?? Jum sama2 kita koreksi diri dalam meningkatkan lagi akidah kita bersama, insyaallah..
Hijrah perjuangan tajuk present ana dalam subjek 
psikologi personality 
sangat terusik ketika meyampaikan tajuk ini..mungkin ada sebab2 tertentu..orang kata apa yer?? ummm mood nak nangis…hehe sabar yer Norlina ali duka yang hadir pasti akan dibalas kebahagian.. “setiap ujian yang hadir segala nya pasti hati adik mampu hadapi” pesanan dari abah tercinta..insyaallah..

(hijrah + hati = pengorbanan + sabar)

benda yang disukai perlu ditinggalkan dan apa yang kita tak suka kita kena amalkan..insyaallah..kata2 kak farhah “Allah sengaja uji manusia kadang2 dengan ujian yang sama.nak tengok adakah kita mampu melepasi ujian yang kedua”..berubah dan berhijrah bukan hanya melalui perkataan atau pun sekadar niat tapi perlu ada usaha.membentuk kan hijrah melalui hati dan dizahirkan melalui amalan..insyaallah..

soalan diajukan:-

Assalamualaikum..saya mohon pendapat daripada sahabat pembentang..saya orang biasa selalu buat kesilapan yang sama..setiap kali tahun baru atau awal muharam saya selalu berjanji nak berubah kearah lebih baik tapi kebiasaannya pasti gagal.macam mana tu??
Humairah:- Insyaallah sebenarnya apa2 pun yang kita alami dan rasa untuk kearah lebih baik itu pun sudah dinamakan hijrah..niat baik yang berbuah sudah dicatit amalan oleh malaikat raqib tapi ia akan menjadi lebih mulia jika ia seiring dengan amalan.

orang yang bijak akan melaksanakan sesuatu perkara sebelum berkata-kata tapi orang yang sombong adalah orang yang mampu berkata tetapi tak mampu melakukan apa yang diperkatakan. jadi koreksi diri adakah kita dalam golongan orang yang bijak ataupun orang yang sombong. sebenarnya apa yang diperkatakan sebentar tadi semua untuk ana. ingatan buat ana. supaya bukan sekadar mampu bercakap tetapi berusaha untuk mengamalkan apa yang telah diperkatakan.
Penghijrahan sesuatu yang sangat menyakitkan,tapi ingat lah yang baik itu memang akan dimulakan dengan kepahitan. nak melangkah kearah hijrah itu pun sudah cukup buat hati ini menangis. keputusan yang dibuat kadang2 tak tahu sama ada betul ataupun tidak. insyaallah setelah bermusyawarah dengan seorang sahabat maka itu lah yang terbaik.bukan untuk diri ana tetapi untuk semua orang disekeliling.insyaallah jika mampu ana juga mahu kongsikan pada enta (zawjan solehan) hijrah ini. jika mampu ana juga mahukan yang terbaik dalam ukhwah yang ingin dibina. insyaallah ana mohon pada enta jika benar ana milik enta maka hadir lah ketika ana sudah bersedia insyaallah ana bermatlamat ingin kearah baitul muslim ketika umur ana 23tahun. jadi jika enta mampu menunggu sila kan menunggu tapi sekiranyan tidak pilih lah keputusan yang mampu membahagiakan hati enta. insyaallah ana tahu yang baik itu bukan mudah untuk diterima tapi jika benar ia terjadi Allah akan permudahkan segalanya. Syukran kerana sudi jadi sahabat istimewa yang hebat.. jum kita sama2 berhijrah.. “cintailah yang memberi nikmat, dan jangan lah engkau cintai nikmat yang diberikan”…asif jiddan….
Syukran ~