Blogger Templates

la tahzan_ cinta humaira

sesuatu yang didimpikan tidak selalu menjadi kenyataan,

tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba

biarlah kita menangis hari ini dengan kesakitan semalam

tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya…..

berharap hanya pada mu ya ALLAH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

powered by lirik lagu indonesia

Tuesday 20 December 2011

injection...buat al-hafiz..


Akhi:   salam gah wat apa??maaf kalau meganggu..nak minta pendapat tentang soal hati..harap sangat dapat membantu

Humaira:   waalaikumsalam..insyaallah sila kan jika perlu ana bantu..

Akhi:   apa yang ana perlu buat bila ana dah remove fb sorang akhwat ni??..

Humaira:   kenapa remove pulak??

Akhi:   ana ada hati pada dia..tapi ana rasa ana hanya bertepuk sebelah tangan..bila melihat fb dia..dia selalu layan lelaki lain..ana rasa ana yang suka kat dia..tapi cara layanan dia tetap macam dia juga suka kan ana..sebelum ni ana ada bagi tahu dia yang ana nak lost contac gan dia dalam masa 2bulan untuk ana lupakan akhwat ni..tapi akhwat ni tetap msg ana..dan akhwat ni perasan ana dah remoe fb dia..dia msg ana..dan apa yang patot ana buat sekarang??

Humaira:   kata dah tak nak contac kenpa dia masih msg lagi?

Akhi:   yang itu buat ana tertanya2..ana rasa dia dah ramai kenalan.. kenapa dia cari ana lagi pun ana tak pasti..dan baru jer tadi dia msg ana Tanya khabar..apa yang patot ana buat ni saudari??

Humaira:   bagi ana teruskan dengan matlamat awal yang pernah akhi nak lakukan iaitu lost contac dalam tempah 2bulan..cary on dengan matlamat..

Akhi:   insyaallah memang itu yang ana nak lakukan tapi tak sampai hati..


Humaira:   betul juga..hati wanita ni lembut..jadi cuba Tanya dia baik2..apa sebenar niat dia berkawan gan akhi??

Akhi:    tapi ana cuba tak nak contac dia langsung buat masa terdekat ni..sebab takut bila msg sekali ia akan berlarutan

Humaira:   kalau macam tu..terpulang lah, bagi ana jangan buat wanita tertanya2..kalau betul suka kan dia lamar lah dia dengan jalan yang betul..tapi sekiranya tidak..bagi tahu hal sebenar..dan just lupakan..dan jangan bagi apa2 harapan lagi..

Akhi:   maksudnya???

Humaira:   maksud ana dalam tempoh terdekat ni jika akhi tak mampu untuk pinang dia, akhi cuba lapakan sahaja dia..sekiranya akhi tetap layan..ia akan menimbulkan bunga2  zina yang akhi sendiri pun tak akan perasan semua tu..akhi cuba jaga hati akhi terlebih dahulu..

Akhi:   kalau boleh ana dah tawar hati..ana tak nak jadikan dia jodoh ana..ana nak terus lupakan dia..macam dulu sebelum ana kenal dia..

Humaira:    jadi wahai akhi..teruskan dengan penjagaan taqwa kepada Allah..jangan sia-siakan masa muda akhi dengan cintan cintun yang berdosa ni..jaga hati juga hafazan akhi..insyaallah akan hadir wanita yang baik buat akhi..percayalah janji Allah itu pasti..

Akhi:   Sekarang ni tak baper sihat..ana dah pun balas msg dia dan bagi tahu yang ana tak sihat..insyaallah dah sihat baru contac semula..

Humaira:   ya Allah akhi..kenapa masih lagi bagi harapan dan berjanji..

Akhi:   ana tak berjanji pun cumanya ana lafazkan word “insyaallah”

Humaira:   baik lah mulai hari ni dan lepas ni jangan bagi akhwat tu harapan yer..

Akhi:   insyaallah..ana ni jahat sebenarnya..

Humaira:   ya Allah..Allahutaala..akhi jangan merendah diri sampai cakap macam tu..pernah juga sahabat2 ana yang baik mengulang ayat yang sama “ana ni jahat”..bagi ana kalau kita dah menilai diri kita jahat..maka berubahlah  kearah lebih baik..pantang ana jika lelaki tahu imanya lemah taqwa nya goyah tapi tak pernah usaha untuk asah imannya sendiri..injection hati tu wahai akhi..mulai hari ni akhi selalu lah hadirkan diri ke majlis ilmu..hari ni LELAKI ..dia tahu dia sedang melakukan kesilapan tetapi tidak memperbaiki dengan baik kesilapan tersebut..

Akhi:   insyaallah saudari Norlina..syukran atas injection.semoga hati ini terbuka untuk dia yang solehah..doakan ana..amin..

Humaira:   afwan…la syura alal wajib..semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah..doa buat akhi insyaallah semoga dapat lupa apa yang pahit..amin..


Humairah:   insyaallah jadikan ia sebagai satu pedoman hidup..jika mampu untuk pinang wanita..terus lah berjumpa dengan kedua ibu bapaya..tak perlu tanya wanita tersebut sebab bila dah mula kan hubungan pasti ia berlarutan walaupun kita tak nak kesilapan berlaku buat kali kedua..fikirkan balik mengapa kita nak bina baitul muslim tersebut adakah sebab suka2 atau semata2 kerana Allah..akhi..sekiranya family wanita sudah ada calon untuk anak perempuannya..mampukanlah hati untuk redha dengan ketetapan..insyaallah..bersama2 kita menjaga hati untuk Allah…amin..sekiranya dalam istikharah akhi dia lah wanita yang diimpikan..akhi amalkan doa ini..

buat yang terbaik..beramal kerana Allah..
insyaallah Allah tidak akan menolak doa hambanya..


Monday 5 December 2011

Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah ♥

Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur... kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA….

Friday 2 December 2011

perjanjian hati hamba mu yang hina =(

Salam  kasih buat sahabat ..

lama dah tak conteng blog ni..
.Alhamdulillah akhirnya dipermudahkan  urusan dalam menjalankan tugas bersama adik2 stam mahad ahmadi gemenceh dalam satu program khas KEM GENERASI ULUL QURAN 3..

“tidak ada jalan yang Allah bagi keadaannya mudah”..itu yang selalu abah ingat kan..seminggu bersama adik2 kem banyak persoalan yang timbul diminda ku..

hati seolah2 berbicara dimana tahap iman ku???
belum lagi hebat .

mampukah aku melayarkan sayap ku buat adik2??? 

aku cuba menjadikan pengalaman  sebagai rujukan untuk membina kekuatan kali ini..mengajar anak2 lelaki  yang umurnya 7,8 dan 9 tahun bukan mudah…sangat berbahaya jika silap kata kerana mereka ibarat alat perakam video apa yang telah dizahirkan dan dilafazkan oleh ku hari ini maka mereka akan merakamnya lalu mengulangi apa yang diajari..

Satu yang aku pelajari ketika ini..IKHLAS..ikhlas adalah perkara utama yang perlu aku  gunakan..kerana tanpa ikhlas tidak ada apa2 yang aku dapat melainkan sia-sia..nauzubillah..

Ketika program dijalankan masih ada sesuatu yang bermain di hati..kenapa aku tidak dapat ketenangan yang dulu yang aku pernah kecapi sewaktu aku mengajar adik2 setahun yang lepas..

adakah aku sudah lalai dengan dia sang pencipta..???

ya Allah meratapi dosa yang kini maksimum nya sudah tidak terkira..
menjadikan taubat nasuha idaman ku..

dimanakah istiqamah ku selama ini..???

adakah aku mensia-siakan nya..???

ya Allah ketenangan milik mu kau berikan lah aku merasai sedikit ketenangan mu itu.. hati..ini hati..ini  hati ..ini makin pantas berdegup minda pula semakin laju memikir kan hidup umpama orang yang tidak ada apa-apa kebaikan..

dimanakah silap ku sehingga aku lalai tehadap mu ya Allah..???

Menjadikan ilmu sebagai nadi amalan ku..kini aku dah dewasa..bukan lagi manusia yang mudah menerima maksiat jalan murka Allah..jangan jadikan aku hamba mu yang munafik..doa yang selalu aku pinta padamu..hidayah milik mu ya Allah..jangan lah kau tarik setelah engkau pernah berinya kepada ku..
Setelah saat ujian yang kau berikan …aku tahu ada hikmahnya..sengaja engkau kosongkan hati ini dengan cinta manusia supaya hati aku sentiasa bersih bersama mencintai mu juga bakal suami ku..nekad aku tidak akan menerima sesiapa selagi matlamat ke lima ku iaitu hantar ayah juga bonda ku ke mekah tidak lagi dicapai..dengan cara ini lah aku memujuk hati ini.syukran ya Allah kerana hadiakan aku hidayah yang memang benar-benar buat aku teruja dengan nya..
ya Allah jika engkau memberi aku peluang untuk suka kan dia dan sesiapa biarlah melepasi keupayaan aku mencapai matlamatku terlebih dahulu iaitu berjasa pada ibu dan abah ku yang selama ini hidup susah kerana ku..

ya Allah jika selapas ini aku jatuh hati kau jatukanlah hati ku dengan orang yang benar-benar kasih kan aku kerana agama ku kerana keluarga ku ,kerana akhlak ku dan juga kerana kelemahan ku..
jangan lah engkau buta kan mata nya dengan rupa yang telah dizahirkan ini..

menjadikan ibu abah sumber inspirasi ku adalah pilihan terbaik kerana.....

 “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”Riwayat al-Hakim…

kerana cinta mereka lah aku lahir didunia ini ...
maka aku perlu mencintai mereka sepenuh hati ku..
didik hati terdidik akhlak mu duhai wanita..

perjanjian hati hamba mu yang hina
=(



Thursday 17 November 2011

ukhwah fillah....


Assalamualaikum…
Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan lancar..walaupun banyak rintangan tapi Allah masih bantu kami..acu,kak cik dan adik pengalaman bersama sukar untuk dilupakan..paling penting semangat jihad dan dakwah ada dalam diri walaupun penat dan melalui sedikit pengorbanan duit dan masa tapi tetap happy sebab Allah masih lindungi iman kami dan memberi kami rasa nikmat sabar dalam ujian nya..segalanya lebih indah bila acu mampu drive..huhu..dan kak cik lak bawak kami ke Gunung Datuk..tempat yang sangat menarik dan mendamaikan..tapi cian kat adik tak der peluang nak mandi..tak per pasni kita g lagi yer sayang..acu lak yang drive..tettt..hehe..hilang segala masalah tadi bila dapat hirup udara segar..apa2 pun syukur Alhamdulillah..ketenangan milik Allah..kita hambanya juga mampu memilikinya dengan cara sentiasa tazkir kepadanya..insyaallah..

kami sentiasa suksess dalam dakwahmu

senyum itu satu sedekah.. ^__^


kami senyum selalu walaupun sedang merasai kepahitan bersama


ingat yer adik, susah senang kita harungi dugaan bersama yer..
acu sayang kamu kerana Allah..love u so much..

 cari lah redha Allah yang paling utama..insyaallah segalanya akan selamat..syukran kak cik dan adik kerana memberi acu rasa kebahagian walaupun ia sekejap,ia sangat indah..insyaallah ada rezeki kita g jalan2 lagi, bersama..

coretan khas buat mu sahabat :-
adik & kak cik


cinta_humaira




Monday 7 November 2011

semurni kasih adam seutuh cinta hawa

Ya ALLAH,

Temukanlah aku seorang suami yang akan menjadi sebagian dari hidupku. Seorang yang sungguh mencintaiMU lebih dari segala sesuatu. Seorang yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau. Seorang suami yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMU. Wajah kacak dan daya penarik tidaklah penting. Yang paling penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan haus akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menjadi seperti Engkau (menauladani sifat-sifat Agung Mu). Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seseorang yang memiliki hati yang bijak bukan sahaja otak yang cerdas. Seorang suami yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku. Seorang suami yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah. Seorang yang mencintaiku bukan karena kecantikanku tetapi karena hatiku. Seorang suami yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu & situasi. Seseorang yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika berada disebelahnya.

Aku tidak meminta seorang yang sempurna, Namun aku meminta seorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimataMU. Seorang suami yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya. Seorang suami yang membuatkan doaku untuk kehidupannya. Seseorang yang membuatkan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya. Seseorang yang membuatkan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Dan aku juga meminta: Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat,suami itu bangga. Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintaiMU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMU, bukan mencintainya dengan sekedar cintaku. Berikanlah SifatMU yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMU bukan dari luar diriku. Berilah aku tanganMU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya. Berikanlah aku penglihatanMU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja. Berikan aku mulutMU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat menbuatnya bahagia setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi. dan slalu meberikan semangat untuknya

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan "Betapa besarnya ALLAH itu kerana Dia telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna". Aku mengetahui bahwa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu dan saat yang Kau tentukan. Kau maha mengetahui suami terbaik untuk diriku, keluargaku, agamaku sama ada ada dunia dan akhirat.. Temukanlah segera pasangan hidupku..suamiku. .bakal bapa utk anak2 ku kelak..Jangan biarkan aku keseorang menjalani hidup ini..sesungguhnya kau maha mengasih lagi maha penyayang..

Amin...


Semurni Kasih Adam Seutuh Cinta Hawa

Tuesday 1 November 2011

wanita ibarat agar-agar yang basah dan lembut

Wall post status fb akhi:

"..mahalnya..sombongnya enti adalah tarbiyyah kpd ana utk menanti dirimu sebagai pemilik yg halal bagiku..Insyaallah..(mood:soal hati xboleh tipu)"

Humaira:bukan main lagi yer...

Akhi:saya pun jgk awak..bagi saya peluang ehh..=)

Humaira:hehehe..ok meh nak cari kan...yang mana ?

Akhi:ouh..tidak2..jgn2..hehe..;)

Humaira :hehehe...simpan lah..belum xmampu jangan diluahkan lagi rasa hati tu..sebb hati wanita ni macam agar2 sekali jentik terus bergetar..jadi sblum ia terus berdosa dengan getaran yang diberikan oleh akhi..mampukan lah diri untuk rahsiakan soal hati sehinggalah betul2 mampu untuk diluahkan..kemampuan atas dasar iman bukan nafsu yer..insyaallah ana doakan yang terbaik buat akhi..sahabat selalu....

Akhi:Insyaallah..mekasih ats jentikan smgt ea..hingga menjentik di ruang sanubari sy..Insyaallah..hbgn yg xpasti..masih di tahap awal..sy xnk terlalu berharap..tkt kecewa..xnk pisang berbuah 2 kali..hehe..doakan..^^

Humaira :pisang berbuah dua kali tak apa..sebab lau jual leh untung tapi jangan dibuatnya dosa tumbuh dua kali sebab tumbuh sekali dalam hati belum tentu yang lepas boleh dihakisi..muhasabah buat diri ana juga..insyaallah..

Akhi:mm..putus cinta..sakit kot..huhu..=,=

Humaira :putus cinta manusia mmg tiada daya tapi jangan sekali2 putus cinta dengan Allah ya rahim..kerana dia yang melahirkan rasa cinta ini..tanpa dia siapa kita yang mampu meminjam rasa qaseh ini...nikmat Allah...

Akhi:Insyaallah..betul 2..muhassabah..yg baek dijadikan ikutan..jahat dibuat tauladan..belajar dr pnglmn..syukur..=)

Humaira :pengalaman adalah salah satu ilmu yang Allah cuba papar dlam diri dan hadiah ingat dia buat kita yang tidak perlu dibayar..terpulang mengikut atas dasar iman nak amik atau pun tidak manfaatnya..mencari cinta ALLah itu lebih mulia dari mencari cinta manusia yang sia-sia..tapi jika mampu carilah jalan yang halal untuk mengapai mardhatillah..amin..insyaallah..

Akhi:jalan yg halal..alhamdulillah..moga2 senantiasa berada di landasan tersebut..Insyaallah..tp anda xkesampaian..entahlah..rse mcm..nk lari dgn semua org..huhu..

Humaira :siapa yang tak kesampaian?

Akhi:andai perhubungan terputus ditengah jalan..andai luahan hati tidak kesampaian..huhu..spe2 je..=)

Humaira :mencari andaian yang belum pasti tepatnya..insyaallah tiada yang dibenci sekiranya kurang kasih sayang melainkan kasih sayang itu milik Allah..apa orang kata 10 X putus cinta manusia belum mampu membeli seutuh qaseh cinta ALLAH..

Akhi:perancangan ALLAH adalah yg  terbaek..moga2 penantian ini adalah 2 tarbiyyah menuju peringkat seterusnya..=)

Humaira :insyaallah semoga kebahagiaan milik mu wahai akhi.kekuatan wanita dari tulang rusuk lelaki jadi jangan lah kau lemah,kerana kelemahan mu itu mampu membawa kepada kelalaian hati wanita yang menyerupai agar-agar basah ini..

wanita yang solehah adalah wanita yang menjaga 
qanaah dan hafizahnya
insyaallah..